Zoo Taiping – Review + Harga Tiket + Waktu Operasi

Zoo Taiping adalah antara destinasi popular di Taiping, Perak. Kalau dah sampai sini, mesti akan singgah di Zoo Taiping. Dengan keluasan 34 ekar, lebih 180 spisis yang merangkumi 1300 ekor pelbagai jenis binatang.

Bayangkan kita Merdeka pun 1956, tapi Zoo Taiping ini sudah mula beroperasi pada tahun 1961. Dan YA, memang Zoo Taiping antara zoo yang paling lama di Malaysia.

Zoo Taiping VS Zoo Negara?

Sudah pastikan Zoo Negara diberi kelebihan dalam pelbagai faktor. Antaranya, kalau di Zoo Taiping jumlah binatangnya lebih kurang 1 300, tapi di Zoo Negara 5 ribu binatang, yang datang daripada 459 spisis. Keluasannya pula mencecah sampai 110 ekar.

Tapi tak bermakna Zoo Taiping kurang daya penarik.

Tanya sahaja, siapa yang pernah pergi Zoo Taiping, mesti akan lebih ramai yang sudah pun pergi lebih daripada 1 kali.

Sedangkan website Zoo Negara dot ORG pun meletakkan Zoo Taiping sebagai destinasi utama antara pilihan Zoo yang lain di Malaysia.

Walaupun ada antara kami yang agak kecil hati dengan kelebihan yang berasal dari Taiping akan dapat harga tiket yang lebih rendah daripada kawasan atau orang luar yang lain.

Sepatutnya lebih baik diberikan harga yang lebih berpatutan untuk orang yang lebih jauh kan?

Nanti di bawah bahagian kami akan kongsikan, apa lagi aktiviti lain yang anda boleh buat disekitar daerah Zoo Taiping. Hadap binatang sepanjang hari pun letih juga.

Map Laman Zoo Taiping

Zoo Taiping Map

 

Setiap huruf huruf dari A sampai G di atas, kalau melalui website offical zoo taiping, memang boleh ditekan. Dan akan ada preview rupa binatang yang berkenaan. Namun, gambar di atas hanya dipinjam sahaja dari sana, anda boleh pergi website official Zoo Taiping untuk melihatnya, http://zootaiping.gov.my/bm/frame-sitemap.html

Kedudukan Zoo Taiping

Kedudukan Zoo Taiping memang agak unik kerana ia terletak di kawasan semula jadi Taman Tasik Taiping berdekatan dengan kaki bukit Bukit Larut.

Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali dengan Zoo Taiping ini, merupakan satu satu nya Zoo yang terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Harga Tiket Zoo Taiping

harga tiket zoo taipingFoto Kredit: Zoo Taiping Official Website

Tiada bayaran tambahan untuk anda bawa masuk camera dan juga video. Berbanding dengan Kellies Castle, kalau tak silap Camera / Video Cam dalam RM 50 untuk 3 buah.

Mini train juga percuma.

Waktu Binatang Diberi Makan

Ialah dalam jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

Jadi, anda digalakkan untuk datang time ini, sebab haiwan akan lebih aktif.

Kalau datang masa petang, memang binatang seperti singa dan harimau memang sudah tidur.

Naik Train Atau Jalan Kaki?

Mesti lah jalan kaki.

Kalau anda betul betul nak menghayati setiap haiwan yang ada satu persatu, lebih baik jalan kaki sahaja. Train akan bergerak pantas, memang tak sempat untuk baca description setiap haiwan yang ada. Train juga bukannya lalu kesemua tempat yang berhadapan dengan sangkar binatang.

Seperti contoh di lorong kolam aquarium binatang seperti memerang. Memang train tidak akan henti. Tambah lagi train dari belakang sudah hendak sampai.

Kadang kadang train ini ibarat berlumba juga antara depan dengan yang belakang.

Jadi penghayatan anda dengan binatang yang ada akan kurang.

Walaupun driver train akan berikan sedikit pengenalan untuk sesetengah binatang, ia pun tidak berapa jelas.

Night Safari Zoo Taiping

Memang di Zoo Taiping, ada night safari, bermaksud ia dibuka waktu malam untuk pelawat.

Bagi kami pihak PerakTourism.My tidak rasakan night safari di Zoo Taiping begitu menarik, kerana banyak haiwan yang sudah tidak aktif. Anda pun mesti tak bawa torchlight punya.

Night safari, kalau anda berjalan sendiri mungkin agak bahaya kalau berdua atau bertiga, kalau lebih ramai mungkin lebih baik dan selamat. Dan juga tak boring, sebab jauh juga kalan berjalan sendiri.

Untuk air minuman, memang ada dijual di bahagian dalam atau tengah tengah kawasan lawatan. Atau pun dihujung sebaik sahaja anda habis lorong untuk kawanan binatang yang dipamerkan.

Begitu juga dengan patung patung souvenir.

Dan sekarang…

Apa Pula Tarikan Lain Di Sekitar Zoo Taiping?

Taman Tasik Taiping.

Kalau duduk berehat di Tasek Taiping di awal pagi dan petang memang tenang. Ada sahaja gerai gerai yang menjual makanan di sana.

Dengan keluasan tasek taiping yang agak luas juga, ada pula sampan Swan untuk anda cuba memang pasti buat siapa pun akan gembira.

Lokasi Taman Tasik Taiping ini memang betul betul sahaja berhadapan atau bersebelahan dengan pintu masuk Zoo Taiping sahaja.

Muzium Perak

Sudah singgah di Zoo Taiping kenapa tidak di Muzium nya pula.

Muzium ini adalah antara yang terawal beroperasi di Semenanjung Malaysia.

Tak jauh, hanya lebih kurang 5 minit sahaja dengan kereta. Lokasinya berada di belakang sikit dengan Zoo Taiping.

Waktu operasi dari 9 pagi – 6 petang. Tutup pada Hari Raya AidilFitri dan Aidil Adha.

Tiket nya RM 2 ringgit untuk dewasa. Percuma untuk kanak kanak di bawah 12 tahun, dan atau pun kanak kanak yang berpakaian sekolah.

Anda boleh contact mereka di website Perak Museum untuk lebih lanjut.

Ikut kan rekod pada tahun 2000.

Ada 613 456 orang melawat Muzium ini sahaja. Daripada lebih 6 ratus ribu ini.

5 ratus ribu lebih adalah daripada pelancong domestik.

Lima puluh lima ribu pelajar, dan 3 ribu lebih pelancong asing.

Sila datang ke Muzium Taiping ini, dan ajar anak kita, asal usul negara kita. Kerana di dalamnya, ada koleksi dan maklumat sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi di negara ini.

Pada mulanya, Muzium ini dibina bukan untuk tatapan orang kita. Tapi Residen Bristish yang ketiga waktu itu, Sir Hugh Low beri arahan untuk bina supaya pihak British boleh jadikan kumpulan maklumat untuk mereka lebih faham selok belok asal resam kita orang melayu. Umumnya tanah melayu ketika itu.

Peta Lokasi perbezaan dengan Zoo Taiping

Dan kalau diberikan dalam bentuk 3D lokasinya akan lebih jelas dekat nya seperti di bawah.

Mana yang sudah pergi ke Zoo Taiping pasti perasan dengan bulatan di hadapan pintu masuk Zoo Taiping yang memang jelas dalam map ini.

McDonald

Lokasinya betul betul di belakang Zoo Taiping sahaja. Atau pun, anda terus sahaja laluan ke Muzim Perak tadi menuju ke pekan. Sebab lokasi McD ini berada di persisiran Pekan.

Tak perlu takut sesat ya, sebab kita akan gunakan Google Maps untuk lebih mudah.

Link untuk kedudukan perjalanan lokasi atas kami senaraikan di bawah untuk anda.

Zoo Taiping

Perak Muzium

McDonald yang paling hampir dengan Zoo Taiping

Anda juga boleh buka menggunakan Waze juga, tiada masalah.

Kalau perhatikan snap daripada Google Maps di atas, Hotel Seri Malaysia pun berdekatan sahaja.

Untuk review, senarai hotel hotel terbaik + hotel di bajek yang ada di kawasan berdekatan dengan tarikan utama Taiping, boleh pergi ke page ini, Review Hotel Hotel di Taiping

Bukit Larut / Maxwell Hill

Bukit larut admin office juga berdekatan dengan Zoo Taiping.

Lokasinya berada bersebelahan dengan MRSM Taiping.

Lokasi Bukit Larut

Lokasi Sentosa Villa, antara tempat penginapan utama di Taiping.

Swimming Pool – Kama Lodge

Ini ia seakan mini resort. Ada kolam renang di tengah chaletnya.

DI bawah, adalah pandangan Kama Lodge daripada atas oleh Google Maps.

Lokasi Kama Lodge dari Google Maps

ATV Adventure Park Larut

Dengan gambaran map di atas juga, anda juga boleh aktif dalam aktiviti lasak di ATV Adventure Park. Boleh review page ini sebentar untuk aktiviti yang ada di sana, blog review

Tempat Makan Pula.

Memang kalau tak cukup cerita kalau tak kongsikan tempat makan best di Taiping juga.

Untuk review penuh, anda boleh beralih ke page ini, Tempat Makan Best di Taiping.

Kami kongsikan di sana berserta dengan lokasinya sekali.

Di dalam page yang ini, kami hanya previewkan sahaja.

Mak Jah Mee di Kuala Sepetang

Taiping Yong Taufu di Medan Selera Balai Bomba

JS Muara Restauran Terapung Ketam Lembut, Kuala Gula, Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *