Tempat Menarik Di Perak

Senarai Lengkap Tarikan Dan Tempat Menarik di Perak

Di dalam page ini, kami senaraikan semuanya tempat menarik yang anda boleh lawati di Perak. Termasuk juga tempat tempat tarikan yang berdekatan.

Setiap lokasi yang disenaraikan ada button turn on gps supaya lebih mudah untuk rancang jarak perjalanan anda, boleh aktifkan guna Google Maps atau pun Wave. Untuk panduan menggunakan Google Maps, boleh rujuk di page ini, Panduan Google Maps.

Dengan lafaz bismillah. Kita mulakan…

Kita mulakan dengan tempat pelancongan UTAMA.

Cameron Highlands – Cameron memang bukan daerah Perak, tapi jarak perjalannya ambil masa dalam tempoh 1 jam lebih sahaja kalau anda gunakan laluan Simpang Pulai.

Kami dalam perangan untuk siapkan satu page khas, panduan lengkap untuk lawatan anda, khas untuk yang ke Cameron Highlands.

The Lost World Of Tambun – sejak Lost World Tambun, didirikan kawasan ini memang memang naik dengan cepat. Hotel hotel dan juga tempat makan menarik yang banyak terdapat di sini.

***Click sahaja, mana mana lokasi kegemaran anda di dalam page ini, kami akan bawakkan ke page khas yang lebih khusus. Seperti contoh, The Lost World of Tambun ini.

Klik page ini, untuk senarai resort yang ada di Perak ( pending )

Maps Perak – InsyaAllah akan dibuka bulan April 2017. Selepas ditangguhkan beberapa kali. Maps Perak, tidak akan dibuka secara total. Ada bahagian tertentu sahaja yang dibuka untuk tempoh awal. Pembukaan nya adalah berperingkat.

Senarai resort yang anda di Perak – Perak memang negeri yang popular dengan tarikan pantai, pulau pulau. Ambil contoh sahaja dengan Pulau Pangkor dan tarikan yang ada di Lumut.

Kami senaraikan resort resort popular yang ada di Perak, berserta review harga dan perkhidmatannya.

Senarai Chalet Utama Perak, chalet tepi sungai di Perak

Senarai Pantai yang ada di Perak

Air Terjun dan Sungai

  1. Lubuk Timah – Kawasan Rekreasi Lubuk Timah memang popular di kalangan anda yang datang ke Ipoh. Nak harapkan Sungai Klah Hot Spring jauh pula di Sungkai, 1 jam 30 minit juga jaraknya dari Ipoh.
  2. Lubuk timah pun ada Kolam Air Panas. Boleh singgah mandi sebentar sebelum bertolak ke Cameron Highlands kalau dari Ipoh. Kerana jalan yang nak dituju adalah sama.
  3. Sungai Klah Hot Spring Park – sungai klah memang antara yang paling popular di Perak. Menelan belanja sampai 6 juta untuk di bina. Sudah pasti menjanjikan puas hati nya pengunjung yang datang.
  4. Sungai Lata Ulu Chepor
  5. Hutan Lipur lata Tebing Tinggi, Saloma, Perak.
  6. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari Ipoh, anda akan menuju ke arah utara, Saloma, Perak.
  7. Lata Kinjang Chenderiang Perak
  8. Lata Kingjang memang popular sejak lama dulu lagi. Kalau anda ikut highway utara selatan, memang terbaik penat lelah highway buang di kawasan rekreasi macam ini.Jarak perjalannnya dengan Ipoh lebih kurang 1 jam. Menuju ke arah selatan.
  9. Hutan Lipur Ulu Kinta

Lokasi Memancing Popular Di Perak

Taman Rekreasi di Perak

  1. Gaharu Tea Valley
  2. Taman herba Perak
  3. Maxwell Hill
  4. Tempurung Cave
  5. Taiping Lake Gardens
  6. Bukit larut
  7. Zoo taiping
  8. Santuari Burung Kuala Gula
  9. Hutan Simpan Belum
  10. Pulau Orang Utan

Senarai Theme Park Di Malaysia

Tempat makan best di Ipoh – page ini juga akan bahagikan jenis makanan apa yang anda mahu, seperti contoh seafood atau makanan kampung. Boleh pilih lokasi anda di sana. Tempat yang ada sambal tempoyak, kat mana nak sarapan pagi, semua disenaraikan.

Seperti contoh, Kuala Sepetang yang popular dengan Mee Udang.

Jangan main terjah sahaja ke Kuala Sepetang, bukannya buka setiap hari.

Hotel terbaik di Ipoh, yang patut menjadi pilihan anda, ada juga senarai hotel budget sebagai tambahan.

Senarai Shopping Mall di Ipoh – Kalau nak beli handset di mana murah, kalau nak beli pakaian pula di mana. Untuk menonton wayang, mana pula yang paling selesa.

Ada juga kami senaraikan, tempat menarik yang ada di Lumut semuanya, andai kata percutian anda hanya focus pada satu satu tempat sahaja. Begitu juga dengan Pulau Pangkor, dan Kuala Kangsar bandar bersejarah.

Senarai Pulau peranginan yang ada di Perak

Senarai Muzium di Perak dan juga tempat bersejarah

Antaranya ialah:

    • Birch Memorial Clock Tower
    • Sultan Azlan Shah Gallery
    • Dutch Fort
    • Ipoh Railway Station
    • Kellie’s Castle
    • Ngah Ibrahim’s Fort
    • Al-Ghufran Royal Mausoleum
    • Taiping War Cemetery

    InsyaAllah, page ini akan kami perbaharui dari masa ke semasa. Di harap, percutian anda berjalan lancar dan tidak membazir untuk perkara yang tidak perlu.

    Andai kata agak sukar untuk anda rancang perjalanan dan percutian anda.  Kenapa tidak jadikan planner trip kami sebagai contoh.

    Planner trip ini bertindak sebagai perancang supaya trip anda lebih tersusun. Seperti contoh, kami akan cadangkan untuk menginap di salah satu Hotel Di Ipoh. Hotel ini bukan kami pilih dengan rawak, tapi hotel yang dekat dengan tarikan utama di sekelilingnya.

    Planner trip ini bergantung kepada :

                1. berapa hari anda ingin bercuti
                2. budget anda
                3. berapa ramai
                4. apakah aktiviti utama yang anda mahukan.

    …. dan macam macam lagi.