Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping boleh dikatakan center bagi segala tarikan utama di Taiping. Sangat sesuai dengan aktiviti riadah dan juga tempat untuk rehat kan fikiran. Dengan tumbuhan menghijau, lagi dengan tasik luas yang hampir meliputi keseluruhan tepian Bukit Larut. Memang buatkan siapa sahaja yang nak menuju ke Bandar Taiping, pasti akan berhenti sekejap singgah dan rehat di sini.

Antara tarikan utama yang mengelilingi tasik ini ialah

Zoo Taiping –  yang sememangnya berada di tengah tengah tasik taiping

ATV Ride – anda bersedia dengan aktiviti lasak?

Tempat bersejarah seperti Muzium Perak, Perkuburan Warisan.

Bukit Larut

Ride n Cruise Taiping Boat

Padanlah banyak juga hotel hotel yang dibina berdekatan dengan Tasik ini.

Antara Hotel Yang Berdekatan

Flemington Hotel – 3 star hotel ini memang kedudukannya menghadap tasik. Flemington Hotel juga antara hotel yang mempunyai rating terbaik di antara hotel hotel yang lain di sini.

Sentosa Villa – juga antara penginapan yang berkongsepkan tumbuhan hijau dan semula jadi. Siap ada sungai lagi di dalamnya. Sentosa Villa juga antara ‘top picks’ pilihan orang ramai yang datang bercuti ke Taiping.

The Sejarah

Siapa sangka Taman Tasik Taiping yang dahulunya adalah kawasan pelombongan yang ditinggalkan bertukar menjadi destinasi wajib bila bercuti di Taiping, dibina lebih 84 tahun yang lalu. Masa tu, tanah air kita masih lagi dijajah British.

Idea pembinaan sebagai taman tasik ini di fikirkan oleh Colonel Robert Sandilands Frowd Walker. Dan yang membina Taman Tasik ini ialah Charles Compton Reade, daripada 1880 sehingga 1933.

Padanlah, kalau taman tasik taiping ini antara public garden yang pertama di buka di negara kita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *