Lubuk Timah + Hot Spring + Harga Chalet = Preview

Preview Pusat Rekreasi Lubuk Timah – Simpang Pulai

Lubuk Timah merupakan pusat rekreasi air terjun dan hot spring. Pusat rekreasi ini merupakan satu satu nya sungai yang paling dekat dengan bandaraya Ipoh, kedudukan berada di jalan yang menuju ke Cameron Highlands daripada Simpang Pulai.

Click button di bawah untuk lokasi Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Mengikut pengalaman daripada kami sendiri, sungai Lubuk Timah ini mula menjadi popular pada tahun 2000 tapi, sejak 2014 ia mula dibangunkan menjadi pusat rekreasi yang serba lengkap.

Berikut merupakan preview suasana di Pusat Rekreasi Lubuk Timah jam 8.00 pagi yang kami, pihak pengurusan PerakTourism.My baru ambil 2 hari lepas.

http://Jalan%20Masuk

Jalan Masuk

http://Jalan%20Masuk

Jalan Masuk

http://Hot%20Spring

Hot Spring

http://Chalet

Chalet

http://Surau

Surau

http://Chalet

Chalet

http://Chalet%203++

Chalet 3++

http://Chalet

Chalet

http://Karaoke

Karaoke

Dan untuk kemudahan dan tarikan yang terdapat di Pusat Rekreasi Lubuk Timah:

Lubuk Timah Chalet + Dorm Kontena

Untuk setakat ini, ada 7 pintu mengikut saiz bilik.

Surau

Ikutkan pada pengetahuan kami, pihak pengurusan Lubuk Timah mungkin akan besarkan lagi surau sebab sudah kebiasaan kalau rombongan contoh macam anak anak akan solat sekali. Sedangkan saiz sekarang tidak cukup.

Kami akan update apa sahaja maklumat terkini di page ini nanti andai kata berlaku perubahan.

Gazebo

Harga untuk gazebo adalah RM 50 dan ada juga yang RM 70. Lengkap dengan kipas, 2 plug untuk anda cas handphone di setiap Gazebo yang ada. Walaupun ada gazebo yang betul betul berhampiran dengan tebing sungai.

Tapak Perkhemahan + Team Building

Untuk aktiviti sekolah, tapak perkhemahan juga ada di sediakan oleh pihak pengurusan.

Bilik Karaoke

Aktiviti Menunggang Kuda

Ada 2 ekor kuda untuk ditunggang di trek kuda yang disediakan. Mungkin hanya sesuai untuk kanak kanak kerana saiz kuda padi ini. Untuk aktiviti bergambar memang tarikan yang menarik untuk pengunjung yang datang.

Tandas + Parking

Untuk tandas, masuk adalah percuma. Ada lebih kurang 6 bilik mandi dan 6 bilik untuk buang air bagi tandas lelaki dan perempuan.

Untuk parking kereta, seperti ada 3 bahagian.

Di bawah

Atau kawasan parking yang paling dekat dengan tebing sungai. Parking ini juga dikelilingi tapak restaurant yang akan di bina.

Di atas

Anda mungkin terpaksa berjalan sedikit untuk menuju ke tapak berkelah di tebing sungai. Tapak parking ini berdekatan dengan hadapan bangunan admin, trek kuda dan surau.

Di luar

Kalau sudah terlalu padat, boleh sahaja parking di luar yang turut juga di luaskan.

Isu Harga Tiket Masuk Lubuk Timah

Memang di tempat rekreasi baru dibuka yang mana mana pun isu tiket mungkin akan timbul isu harga. Termasuk lah harga tiket untuk masuk ke Pusat Reakreasi Lubuk Timah ini.

Apa yang diberitahu juga kepada kami, ada pengunjung yang sampai macam tak ikhlas sahaja untuk bayar tiket masuk.

Untuk tiket masuk, anda akan di cas mengikut kepada.

Dewasa = RM 5

Kanak Kanak + Warga Emas = RM 3

Percayalah, apa yang anda bayar sekarang sangat lah sedikit berbanding akan kemudahan yang di bina. Untuk pengetahuan anda, saya sebagai penulis memang penduduk tetap di Simpang Pulai.

Saya dengan keluarga sudah mula berkunjung ke Lubuk Timah pada awal tahun 2000 lagi. Dan hampir setiap hari raya besar seperti Aidil Fitri, sanak saudara akan pergi berkunjung ke Lubuk Timah.

Apa yang anda lihat sekarang, bukan lah semudahnya seperti sekarang.

Kalau ada yang kata, lebih suka kalau tiada pembangunan langsung, biar nampak semula jadi. Untuk dahulu punya jumlah pengunjung boleh lah. Tapi kalau sudah lama lama, bukannya orang datang makin sakit.

Entah entah anda mandi dengan najis manusia, maaf cakap.

Masa tu kolam air panas yang anda lihat di bawah ni, ibarat cukup untuk satu keluarga sahaja. Tapi sekarang? Siap berjubin dan satu keturunan pun boleh join sekali kalau semuanya masih ada.

Kolam Air Panas Dahulu VS Sekarang

Dahulu juga, kadar panas kolam hot spring ini juga agak bahaya. Kerana tidak seperti sekarang, dibahagian yang suam dan panas panas sedikit berbanding dengan dahulu.

Tapak parking + Restaurant + Tempat Mainan Kanak Kanak

Dahulunya, masa saya sekeluarga awal awal datang ke Lubuk Timah dahulu, ini adalah lombong.

Di sini merupakan tempat parking + restaurant yang akan dibina. Dahulunya adalah bekas lombong.

 

Bermakna pihak pengurusan dan tambak dan jadikan kemudahan parking + restaurant + tempat mainan kanak kanak sekarang. Bayangkan kos nya berapa?

Begitu juga kawasan parking di bahagian luar yang memang luas. Maaf sebab kami lupa untuk snap gambar parking di bahagian luar.

Jalan Masuk

Dahulunya, jalan masuk untuk ke sungai lubuk timah ini dari highway menuju ke Cameron Highlands bukan bertar seperti gambar di bawah.

Bukan juga batu kerikil. Tapi tanah yang memang hanya sesuai untuk 4×4 sahaja. Selepas beberapa lama, baru lah batu kerikil, dan selepas pihak pengurusan baru ini datang, alhamdullillah sudah ada tar untuk memudahkan kita.

Bayangkan, pihak pengurusan terpaksa juga menanggung beban, akan lori lori yang juga turut guna laluan yang sama. Untuk rekod, kalau ke dalam lagi selepas Pusat Rekreasi Lubuk Timah, ada 4 buah kilang yang beroperasi.

Tandas

Dahulu, tandas yang saya sendiri guna, adalah yang tandas bergerak sahaja. Tiada tempat mandi.

Tapi sekarang? Kan lebih mudah. Masuk pun PERCUMA.

Air yang digunakan untuk kegunaan tandas juga bukan dari air sungai.

Tapi air mata air yang di pam jauh. Bayangkan kosnya berapa.

Gazebo + Surau

Gazebo kalau tak guna pun tak mengapa. Sebab kebiasaannya kita semua akan bawa tikar untuk bentang dengan makanan sekali.

Surau pula, mana yang rumah dekat memang tak perlukan, boleh sahaja sembahyang di rumah. Tapi yang dari jauh. Yang nak menuju ke Cameron contohnya, InsyaAllah akan rasa Alhamdullillah sebab sudah ada surau. Dan lebih mudah untuk mereka yang datang mengejut, tak sediakan tikar semua untuk berehat.

Mana yang nak cas handphone + laptop pun akan lebih mudah.

Kedai Makan

Restaurant ni masih lagi dalam pembinaan. Nanti kami akan update bila siap dan mula beroperasi.

Untuk anda yang memang dekat berada di sekitar Simpang Pulai, memang akan bawa makanan dari rumah. Tapi pelancong yang dari jauh, memang perlukan sangat restaurant atau kedai makan. Juga untuk mana yang menginap di Chalet.

Kami juga diberitahu, akan ada perancangan untuk betulkan air terjun supaya ia mengalir di tengah.

Untuk rekod, dahulu ia memang sudah mengalir di tengah, masa dalam awal tahun 2000. Tapi lama lama ia mengalir kiri dan kanan sebab sudah pecah. Masa tu, air memang terjun memang sangat deras.

Selepas beberapa lama, ia air terjun yang mengalir di sebelah kiri di tutup, jadi di kanan sahaja.

Sudah pasti kos untuk perbetulkan menelan belanja yang bukan sedikit.

Selamat Datang Dari Pihak Kami, PerakTourism.My

Untuk siapa yang masih lagi belum berkesempatan datang ke Pusat Rekreasi Lubuk Timah, kami amat mengalukan kedatangan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *