Hotel Seri Malaysia Taiping

 

Siapa yang tak kenal lagi dengan Hotel Seri Malaysia. Dengan jumlah 21 buah hotel seluruh Malaysia pasti akan buat siapa siapa pun akan tahu dengan Hotel Seri Malaysia.

Di Taiping, lokasinya memang strategik. Sangat dekat dengan tarikan utama Zoo Taiping, Muzium Perak, Taman Tasik Taiping.

Untuk siapa siapa yang biasa bersenam dan jogging pagi, memang boleh terus berlari ke Taman Tasik Taiping yang memang sesuai untuk aktiviti riadah.

Package Bilik Yang Di Tawarkan

Untuk Hotel Seri Malaysia, ada 4 jenis bilik utama yang disediakan.

Standard Twin   RM 100

Standard Queen               RM 100

Family Room      RM 150

Suite Room         RM –

Dan macam biasa, kalau hari public holiday atau cuti sekolah, harga di atas akan tambah dalam RM 30 – RM 50 untuk mana mana hotel sekalipun.

Berikut, preview Hotel Seri Malaysia untuk tatapan anda.

 

lobby hotel seri malaysia
pintu masuk hotel seri malaysia
swimming pool hotel seri malaysia
bilik queen hotel seri malaysia
cafe hotel seri malaysia
bilik saiz queen hotel seri malaysia
hotel seri malaysia seminar
lagi hotel seri malaysia
nasi paprik hotel seri malaysia
seminar hotel seri malaysia
twin hotel seri malaysia

Honest Review

Bagi kami sendiri, Hotel Seri Malaysia di Taiping ini pasti akan seperti cawangan cawangan yang lain. Ada masalah dari segi fasiliti yang sudah lama. Ikutkan pada review Agoda, staff juga tidak berapa firiendly di sini.

Kasihan juga, kalau tengok kan pada board of directors dan juga motto perniagaan memang tinggi melangit janji nak beri servis hotel yang terbaik. Board of directors juga terdiri daripada bukan yang pangkat biasa biasa.

Apa apa pun, ia masih lagi pilihan anda.

Sebab harga untuk satu bilik pun biasa.

Lokasi pun sangat dekat dengan tarikan utama di Taiping yang lain.

Sangat sesuai untuk aktiviti yang perlukan ramai peserta atau siapa yang nak menjalankan seminar. Ada banyak kemudahan lain di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *