7 Hotel Berdekatan Lost World of Tambun

Hotel Terdekat di Lost World Tambun

Untuk hotel yang berdekatan dengan Lost World Tambun setakat ini, ada sebanyak 7 buah. Alhamdullillah sebab dari harga hotel bajet, hotel yang dari 2 star sampai ke 5 star pun anda untuk pilihan anda.

Senarai di bawah, kami akan susun daripada yang paling hampir dengan Lost World Tambun sehingga lah yang paling jauh. Tapi masih lagi dalam daerah Tambun lah.

Untuk seperti rombongan keluarga, untuk sewa hotel bajet sekalipun, memang agak susah sebab anda datang ramai. Jadi, ada juga kami listkan senarai homestay yang dekat dengan Lost World juga di bawah nanti. Untuk couple, atau family yang anak kecil 2 atau 3, lebih baik duduk hotel sahaja.

Kami juga ada recommended beberapa hotel daripada senarai ini untuk anda fikir fikirkan.

1. Lost World Hotel

Yang pertama, tak lain tak bukan ialah Hotel dari Lost World sendiri. Kedudukan hotel ini memang betul betul di hadapan pintu masuk Lost World sahaja, atau di hadapan kawasan parking Lost World juga.

Hotel ini, sememangnya mendapat pilihan yang paling utama orang ramai yang datang berkungjung. Ikutkan review dari Agoda dan juga Booking.com, ratingnya adalah 3 star sahaja, lebih kepada memuaskan sahaja. Tapi sudah cukup untuk buatkan perjalanan dan percutian anda mudah. Padanlah, review yang ditinggalkan orang ramai lebih 2 kali ganda banyak dengan hotel hotel berdekatan yang lain.

Rate harganya juga tidak begitu mahal. Lebih kurang dalam RM 138 kalau daripada Agoda dan juga RM 225 kalau melalui Booking.com.

Berikut, adalah preview bilik dan laman di Hotel Lost World.

Tak kesah dari yang mana satu, Booking.com atau Agoda kerana harganya seakan sama. Booking.com letak harga RM 225 untuk percuma 2 tiket masuk ke Hot Spring dan Spa di Lost World pada waktu malam. 1 tiket dalam RM 40 untuk dewasa.

RM 225 – RM 80 (tiket dua orang) = RM 145 à lebih kurang sahaja dengan Agoda.

Yang penting anda tempah cepat. Bilik ada hanya 154 buah sahaja. Breakfast pagi tak perlu risau dah, sebab dua dua harga di Agoda dan Booking.com memang termasuk dengan breakfast.

Booked 5 times in the last 6 hours!!

Review post ini di tulis pada hujung minggu, dan ikutkan screenshot dari Booking.com di atas, sudah ada 5 orang booking dalam tempoh 6 jam sahaja. Bermaksud, anda mesti booking secepat mungkin.

Hotel Lost World adalah hotel yang paling kami di PerakTourism.My recommended

Click gambar di bawah, untuk terus ke booking.com ataupun agoda sekarang.

Gambar booking.com

Gambar agoda.com

2. Sun Inns Hotel Sun City

Reviews

Dari segi jarak dengan Lost World Hotel, memang tiada masalah. Lebih kurang 1 kilometer sahaja. Tapi banyak pelanggan mengadu dengan saiz bilik yang kecil. Dan parking yang kurang. Mungkin tiada masalah untuk family yang kecil atau couple. Untuk kami dari PerakTourism.My hotel 2 star ini still consider as Value for money kerana kos stay daripada RM 64 sehingga RM 120 ringgit satu malam.

So, untuk RM 64 still consider OK untuk bilik yang kecil.

3. Golden Roof Hotel

Golder Roof Hotel, 3 star hotel ini terletak di bahagian tepian kedai yang mengelilingi Giant. Crew kami PerakTourism.My masih lagi belum berkesempatan untuk tinjau hotel ini lagi. Dan bila diselidik, hotel ini baru sahaja September 2015 mula beroperasi.

Kami percaya, satu hari nanti, Golden Roof Hotel akan menjadi pilihan ramai kerana lokasinya strategik di hadapan Giant.

Kami juga alert dengan reviews pengunjung yang menginap di Golden Roof Hotel yang ada masalah dengan puas hati pelanggan. Staff tidak mesra, dan suasana bilik yang tidak berapa bersih. Kami percaya masalah ini akan diselesaikan oleh pihak Golden Roof Hotel.

Kenapa Lokasi Golden Roof Hotel Strategik?

Dah biasalah bila di depan Giant memang banyak kedai kedai makan mula beroperasi. Antara yang biasa anda lihat, kedai Mamak yang memang popular banyaknya di Ipoh. Hampir setiap deretan kedai di bahagian selekohnya, mesti kedai mamak. Selain tu ada juga Western yang baru di buka di kawasan ini juga.

Untuk menginap, package bermalam adalah dari RM 98 hingga RM 128. Masih lagi consider murah untuk travel bajet.

4. Tulip Hotel Ipoh

Tulip Hotel, masih lagi boleh dikatakan baru beroperasi pada akhir 2013. Reviews nya pun masih lagi tidak banyak. Jadi, agak susah untuk menilai untuk pengalaman orang yang memang menginap di Tulip Hotel.

Untuk pihak PerakTourism.My, memang kami ada buat review dan pergi ke satu satu hotel yang kami review kalau perlu. Tapi butiran yang kami beri mungkin tidak terutama kerana kami hanya lihat yang kurang dalam tempoh 15 minit hingga 30 minit sahaja untuk hotel bajet.

Setakat ini, tak salah kalau anda boleh berikan peluang pada Tulip Hotel. Lokasinya adalah dalam satu kawasan dengan Golder Roof Hotel juga, lebih dekat sedikit dengan Lost World berbanding dengan Travelland Hotel.

5. Travelland Hotel

Travelland Hotel adalah antara hotel yang pihak kami recommended untuk area di Tambun.

Walaupun ramai yang mengadu, channel TV yang tidak berapa baik, clear, tak dapat sebagainya. Walaupun, ada yang mengadu dengan sound proof window, ada juga yang cadangkan patut ada mini friedge. Tapi Hotel Travelland juga lah, yang antara pilihan kedua terbaik selepas Hotel Lost World untuk bajek RM 200 ke bawah satu malam.

Jaraknya lebih kurang 5 minit dengan kereta, atau 1.3 kilometer.

Mengikut review dari Booking.com, banyak reviews yang berpuas hati dengan staff nya, friendly. Bagi kami, PerakTourism.My ini antara faktor penting juga.

Seperti contoh, kalau kepala shower tak berfungsi. Masalah yang timbul, bukan pada kepada shower tidak berfungsi. Tapi staff hotel itu nak buat atau tidak yang penting, cepat atau tidak juga.

Range harga bilik untuk Travelland Hotel adalah dari RM 99 ke RM 280. Bergantung kepada berapa orang yang menginap dan juga kemudahan tambahan lain yang anda perlukan.

6. The Haven Resort Hotel, Ipoh
7. The Banjaran Hotspring

Dan Untuk Senarai Homestay pula

1. RnB Homestay Ipoh

2. Duan Homestay Tambun

3. Home Stay in Ipoh Near Lost World of Tambun

4. Homestay Izzah

5. Medic Tony Homestay Sunway Alpine Village Apartment

6. Jeffrey Homestay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *