Lubuk Timah + Hot Spring + Harga Chalet = Preview

Preview Pusat Rekreasi Lubuk Timah – Simpang Pulai

Lubuk Timah merupakan pusat rekreasi air terjun dan hot spring. Pusat rekreasi ini merupakan satu satu nya sungai yang paling dekat dengan bandaraya Ipoh, kedudukan berada di jalan yang menuju ke Cameron Highlands daripada Simpang Pulai.

Click button di bawah untuk lokasi Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Mengikut pengalaman daripada kami sendiri, sungai Lubuk Timah ini mula menjadi popular pada tahun 2000 tapi, sejak 2014 ia mula dibangunkan menjadi pusat rekreasi yang serba lengkap.

Berikut merupakan preview suasana di Pusat Rekreasi Lubuk Timah jam 8.00 pagi yang kami, pihak pengurusan PerakTourism.My baru ambil 2 hari lepas.

Jalan Masuk

Jalan Masuk

jalan bertar lubuk timah
trek tar baru lubuk timah
lagi jalan masuk lubuk timah
Jalan Masuk

Jalan Masuk

Hot Spring

Hot Spring

Chalet

Chalet

Surau

Surau

Chalet

Chalet

dari atas lubuk timah
hot spring prelut lubuk timah
IMG_20170331_081230
IMG_20170331_081325
Chalet 3++

Chalet 3++

IMG_20170331_082521
Chalet

Chalet

Karaoke

Karaoke

IMG_20170331_083503
IMG_20170331_083532
jambatan lubuk timah
kolam air panas dari sisi lain
kuda ada lubuk timah
kuda lubuk timah
lubuk timah 3
pemandangan gazebo
pondon rumbia lubuk timah
RM 70 lubuk timah
surau di lubuk timah
tilam lubuk timah
track kuda lubuk timah

Dan untuk kemudahan dan tarikan yang terdapat di Pusat Rekreasi Lubuk Timah:

Lubuk Timah Chalet + Dorm Kontena

Untuk setakat ini, ada 7 pintu mengikut saiz bilik.

Surau

Ikutkan pada pengetahuan kami, pihak pengurusan Lubuk Timah mungkin akan besarkan lagi surau sebab sudah kebiasaan kalau rombongan contoh macam anak anak akan solat sekali. Sedangkan saiz sekarang tidak cukup.

Kami akan update apa sahaja maklumat terkini di page ini nanti andai kata berlaku perubahan.

Gazebo

Harga untuk gazebo adalah RM 50 dan ada juga yang RM 70. Lengkap dengan kipas, 2 plug untuk anda cas handphone di setiap Gazebo yang ada. Walaupun ada gazebo yang betul betul berhampiran dengan tebing sungai.

Tapak Perkhemahan + Team Building

Untuk aktiviti sekolah, tapak perkhemahan juga ada di sediakan oleh pihak pengurusan.

Bilik Karaoke

Aktiviti Menunggang Kuda

Ada 2 ekor kuda untuk ditunggang di trek kuda yang disediakan. Mungkin hanya sesuai untuk kanak kanak kerana saiz kuda padi ini. Untuk aktiviti bergambar memang tarikan yang menarik untuk pengunjung yang datang.

Tandas + Parking

Untuk tandas, masuk adalah percuma. Ada lebih kurang 6 bilik mandi dan 6 bilik untuk buang air bagi tandas lelaki dan perempuan.

Untuk parking kereta, seperti ada 3 bahagian.

Di bawah

Atau kawasan parking yang paling dekat dengan tebing sungai. Parking ini juga dikelilingi tapak restaurant yang akan di bina.

Di atas

Anda mungkin terpaksa berjalan sedikit untuk menuju ke tapak berkelah di tebing sungai. Tapak parking ini berdekatan dengan hadapan bangunan admin, trek kuda dan surau.

Di luar

Kalau sudah terlalu padat, boleh sahaja parking di luar yang turut juga di luaskan.

Isu Harga Tiket Masuk Lubuk Timah

Memang di tempat rekreasi baru dibuka yang mana mana pun isu tiket mungkin akan timbul isu harga. Termasuk lah harga tiket untuk masuk ke Pusat Reakreasi Lubuk Timah ini.

Apa yang diberitahu juga kepada kami, ada pengunjung yang sampai macam tak ikhlas sahaja untuk bayar tiket masuk.

Untuk tiket masuk, anda akan di cas mengikut kepada.

Dewasa = RM 5

Kanak Kanak + Warga Emas = RM 3

Percayalah, apa yang anda bayar sekarang sangat lah sedikit berbanding akan kemudahan yang di bina. Untuk pengetahuan anda, saya sebagai penulis memang penduduk tetap di Simpang Pulai.

Saya dengan keluarga sudah mula berkunjung ke Lubuk Timah pada awal tahun 2000 lagi. Dan hampir setiap hari raya besar seperti Aidil Fitri, sanak saudara akan pergi berkunjung ke Lubuk Timah.

Apa yang anda lihat sekarang, bukan lah semudahnya seperti sekarang.

Kalau ada yang kata, lebih suka kalau tiada pembangunan langsung, biar nampak semula jadi. Untuk dahulu punya jumlah pengunjung boleh lah. Tapi kalau sudah lama lama, bukannya orang datang makin sakit.

Entah entah anda mandi dengan najis manusia, maaf cakap.

Masa tu kolam air panas yang anda lihat di bawah ni, ibarat cukup untuk satu keluarga sahaja. Tapi sekarang? Siap berjubin dan satu keturunan pun boleh join sekali kalau semuanya masih ada.

Kolam Air Panas Dahulu VS Sekarang

Dahulu juga, kadar panas kolam hot spring ini juga agak bahaya. Kerana tidak seperti sekarang, dibahagian yang suam dan panas panas sedikit berbanding dengan dahulu.

Tapak parking + Restaurant + Tempat Mainan Kanak Kanak

Dahulunya, masa saya sekeluarga awal awal datang ke Lubuk Timah dahulu, ini adalah lombong.

Di sini merupakan tempat parking + restaurant yang akan dibina. Dahulunya adalah bekas lombong.

 

Bermakna pihak pengurusan dan tambak dan jadikan kemudahan parking + restaurant + tempat mainan kanak kanak sekarang. Bayangkan kos nya berapa?

Begitu juga kawasan parking di bahagian luar yang memang luas. Maaf sebab kami lupa untuk snap gambar parking di bahagian luar.

Jalan Masuk

Dahulunya, jalan masuk untuk ke sungai lubuk timah ini dari highway menuju ke Cameron Highlands bukan bertar seperti gambar di bawah.

Bukan juga batu kerikil. Tapi tanah yang memang hanya sesuai untuk 4×4 sahaja. Selepas beberapa lama, baru lah batu kerikil, dan selepas pihak pengurusan baru ini datang, alhamdullillah sudah ada tar untuk memudahkan kita.

Bayangkan, pihak pengurusan terpaksa juga menanggung beban, akan lori lori yang juga turut guna laluan yang sama. Untuk rekod, kalau ke dalam lagi selepas Pusat Rekreasi Lubuk Timah, ada 4 buah kilang yang beroperasi.

Tandas

Dahulu, tandas yang saya sendiri guna, adalah yang tandas bergerak sahaja. Tiada tempat mandi.

Tapi sekarang? Kan lebih mudah. Masuk pun PERCUMA.

Air yang digunakan untuk kegunaan tandas juga bukan dari air sungai.

Tapi air mata air yang di pam jauh. Bayangkan kosnya berapa.

Gazebo + Surau

Gazebo kalau tak guna pun tak mengapa. Sebab kebiasaannya kita semua akan bawa tikar untuk bentang dengan makanan sekali.

Surau pula, mana yang rumah dekat memang tak perlukan, boleh sahaja sembahyang di rumah. Tapi yang dari jauh. Yang nak menuju ke Cameron contohnya, InsyaAllah akan rasa Alhamdullillah sebab sudah ada surau. Dan lebih mudah untuk mereka yang datang mengejut, tak sediakan tikar semua untuk berehat.

Mana yang nak cas handphone + laptop pun akan lebih mudah.

Kedai Makan

Restaurant ni masih lagi dalam pembinaan. Nanti kami akan update bila siap dan mula beroperasi.

Untuk anda yang memang dekat berada di sekitar Simpang Pulai, memang akan bawa makanan dari rumah. Tapi pelancong yang dari jauh, memang perlukan sangat restaurant atau kedai makan. Juga untuk mana yang menginap di Chalet.

Kami juga diberitahu, akan ada perancangan untuk betulkan air terjun supaya ia mengalir di tengah.

Untuk rekod, dahulu ia memang sudah mengalir di tengah, masa dalam awal tahun 2000. Tapi lama lama ia mengalir kiri dan kanan sebab sudah pecah. Masa tu, air memang terjun memang sangat deras.

Selepas beberapa lama, ia air terjun yang mengalir di sebelah kiri di tutup, jadi di kanan sahaja.

Sudah pasti kos untuk perbetulkan menelan belanja yang bukan sedikit.

Selamat Datang Dari Pihak Kami, PerakTourism.My

Untuk siapa yang masih lagi belum berkesempatan datang ke Pusat Rekreasi Lubuk Timah, kami amat mengalukan kedatangan anda.

Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping boleh dikatakan center bagi segala tarikan utama di Taiping. Sangat sesuai dengan aktiviti riadah dan juga tempat untuk rehat kan fikiran. Dengan tumbuhan menghijau, lagi dengan tasik luas yang hampir meliputi keseluruhan tepian Bukit Larut. Memang buatkan siapa sahaja yang nak menuju ke Bandar Taiping, pasti akan berhenti sekejap singgah dan rehat di sini.

Antara tarikan utama yang mengelilingi tasik ini ialah

Zoo Taiping –  yang sememangnya berada di tengah tengah tasik taiping

ATV Ride – anda bersedia dengan aktiviti lasak?

Tempat bersejarah seperti Muzium Perak, Perkuburan Warisan.

Bukit Larut

Ride n Cruise Taiping Boat

Padanlah banyak juga hotel hotel yang dibina berdekatan dengan Tasik ini.

Antara Hotel Yang Berdekatan

Flemington Hotel – 3 star hotel ini memang kedudukannya menghadap tasik. Flemington Hotel juga antara hotel yang mempunyai rating terbaik di antara hotel hotel yang lain di sini.

Sentosa Villa – juga antara penginapan yang berkongsepkan tumbuhan hijau dan semula jadi. Siap ada sungai lagi di dalamnya. Sentosa Villa juga antara ‘top picks’ pilihan orang ramai yang datang bercuti ke Taiping.

The Sejarah

Siapa sangka Taman Tasik Taiping yang dahulunya adalah kawasan pelombongan yang ditinggalkan bertukar menjadi destinasi wajib bila bercuti di Taiping, dibina lebih 84 tahun yang lalu. Masa tu, tanah air kita masih lagi dijajah British.

Idea pembinaan sebagai taman tasik ini di fikirkan oleh Colonel Robert Sandilands Frowd Walker. Dan yang membina Taman Tasik ini ialah Charles Compton Reade, daripada 1880 sehingga 1933.

Padanlah, kalau taman tasik taiping ini antara public garden yang pertama di buka di negara kita.

 

Hotel Seri Malaysia Taiping

 

Siapa yang tak kenal lagi dengan Hotel Seri Malaysia. Dengan jumlah 21 buah hotel seluruh Malaysia pasti akan buat siapa siapa pun akan tahu dengan Hotel Seri Malaysia.

Di Taiping, lokasinya memang strategik. Sangat dekat dengan tarikan utama Zoo Taiping, Muzium Perak, Taman Tasik Taiping.

Untuk siapa siapa yang biasa bersenam dan jogging pagi, memang boleh terus berlari ke Taman Tasik Taiping yang memang sesuai untuk aktiviti riadah.

Package Bilik Yang Di Tawarkan

Untuk Hotel Seri Malaysia, ada 4 jenis bilik utama yang disediakan.

Standard Twin   RM 100

Standard Queen               RM 100

Family Room      RM 150

Suite Room         RM –

Dan macam biasa, kalau hari public holiday atau cuti sekolah, harga di atas akan tambah dalam RM 30 – RM 50 untuk mana mana hotel sekalipun.

Berikut, preview Hotel Seri Malaysia untuk tatapan anda.

 

lobby hotel seri malaysia
pintu masuk hotel seri malaysia
swimming pool hotel seri malaysia
bilik queen hotel seri malaysia
cafe hotel seri malaysia
bilik saiz queen hotel seri malaysia
hotel seri malaysia seminar
lagi hotel seri malaysia
nasi paprik hotel seri malaysia
seminar hotel seri malaysia
twin hotel seri malaysia

Honest Review

Bagi kami sendiri, Hotel Seri Malaysia di Taiping ini pasti akan seperti cawangan cawangan yang lain. Ada masalah dari segi fasiliti yang sudah lama. Ikutkan pada review Agoda, staff juga tidak berapa firiendly di sini.

Kasihan juga, kalau tengok kan pada board of directors dan juga motto perniagaan memang tinggi melangit janji nak beri servis hotel yang terbaik. Board of directors juga terdiri daripada bukan yang pangkat biasa biasa.

Apa apa pun, ia masih lagi pilihan anda.

Sebab harga untuk satu bilik pun biasa.

Lokasi pun sangat dekat dengan tarikan utama di Taiping yang lain.

Sangat sesuai untuk aktiviti yang perlukan ramai peserta atau siapa yang nak menjalankan seminar. Ada banyak kemudahan lain di sana.

Flemington Hotel Taiping

Mula beroperasi pada tahun 2011 dengan 111 bilik.

Flemington Hotel, 4 star hotel adalah antara penginapan yang best rate di Taiping. Berkonsepkan binaan moden. Fasility lengkap dengan kemudahan moden seperti swimming pool, sky bar dan banyak lagi. Punyai pemandangan cantik kerana berhadapan dengan tasek.

Dengan kedudukannya di antara tarikan utama Zoo Taiping dengan bandaraya Taiping, buatkan 4 star hotel ini antara lokasi strategik untuk percutian anda.

Hanya 11 minit sahaja berjalan menuju ke Zoo Taiping dan 3 minit sahaja untuk ke Taiping Mall dan tarikan tarikan makanan popular lain di bandar Taiping.

Rate Superior Room yang hanya bermula pada RM 150 sahaja.

Flemington Hotel Taiping

dari jauh flemington hotel taiping
bilik hotel flemington hotel taiping
bilik flemington hotel taiping
dalam bilik flemington hotel taiping
lagi pool flemington hotel taiping
lobby flemington hotel taiping
makan flemington hotel taiping
pemandangan jauh flemington hotel taiping
president suite flemington hotel taiping
pool flemington hotel taiping
swimming pool flemington hotel taiping

Sentosa Villa Taiping Review

Sentosa Villa Taiping adalah penginapan yang berkongsepkan alam semula jadi. Jarak dengan bandar Taiping lebih kurang dalam 15 minit. Boleh juga dikatakan antara penginapan popular yang paling jauh dengan bandar Taiping.

Berkonsepkan alam semula jadi, dengan udara yang segar, pemandangan kampung buatkan siapa sahaja yang sibuk dengan hiruk pikuk bandaraya akan terasa nyaman.

Siapa yang tak rasa akan puas hati, kalau sungai yang mengalir dihadapan anda.

Untuk makanan, ada pula BBQ untuk sajian pengunjung.

Kedudukan Sentosa Villa berada di lereng Bukit Larut. Jarak dengan tarikan utama Taiping iaitu Zoo Taiping dan juga Taman Tasek hanya dalam tempoh 6 minit sahaja dengan kereta atau 1.7 km.

Preview Sentosa Villa

balcony sentosa villa
bilik 2 guestroom sentosa villa
bilik air sentosa villa
bilik family room sentosa villa
bilik guestroom sentosa villa
jakuzi sentosa villa
lobby sentosa villa
kekemasan sentosa villa
pintu masuk sentosa villa
restaurant sentosa villa
lobby dari luar sentosa villa
pemandangan dari luar sentosa villa
sungai 2 kecil sentosa villa
sentosa villa
sungai kecil sentosa villa
sungai 3 kecil sentosa villa
tasik kecil sentosa villa
sungai sentosa villa 2

7 Hotel Berdekatan Lost World of Tambun

Hotel Terdekat di Lost World Tambun

Untuk hotel yang berdekatan dengan Lost World Tambun setakat ini, ada sebanyak 7 buah. Alhamdullillah sebab dari harga hotel bajet, hotel yang dari 2 star sampai ke 5 star pun anda untuk pilihan anda.

Senarai di bawah, kami akan susun daripada yang paling hampir dengan Lost World Tambun sehingga lah yang paling jauh. Tapi masih lagi dalam daerah Tambun lah.

Untuk seperti rombongan keluarga, untuk sewa hotel bajet sekalipun, memang agak susah sebab anda datang ramai. Jadi, ada juga kami listkan senarai homestay yang dekat dengan Lost World juga di bawah nanti. Untuk couple, atau family yang anak kecil 2 atau 3, lebih baik duduk hotel sahaja.

Kami juga ada recommended beberapa hotel daripada senarai ini untuk anda fikir fikirkan.

1. Lost World Hotel

Yang pertama, tak lain tak bukan ialah Hotel dari Lost World sendiri. Kedudukan hotel ini memang betul betul di hadapan pintu masuk Lost World sahaja, atau di hadapan kawasan parking Lost World juga.

Hotel ini, sememangnya mendapat pilihan yang paling utama orang ramai yang datang berkungjung. Ikutkan review dari Agoda dan juga Booking.com, ratingnya adalah 3 star sahaja, lebih kepada memuaskan sahaja. Tapi sudah cukup untuk buatkan perjalanan dan percutian anda mudah. Padanlah, review yang ditinggalkan orang ramai lebih 2 kali ganda banyak dengan hotel hotel berdekatan yang lain.

Rate harganya juga tidak begitu mahal. Lebih kurang dalam RM 138 kalau daripada Agoda dan juga RM 225 kalau melalui Booking.com.

Berikut, adalah preview bilik dan laman di Hotel Lost World.

92_1354209564
IMG_1740
booking lost world tambun
lost-world-hotel
hotel lost world tambun 4
hotel lost world tambun bilik
hotel lost world tambun 3
hotel lost world tambun 2
hotel lost world tambun6
tambun-lost-world
Lost World of Tambun-9558

Tak kesah dari yang mana satu, Booking.com atau Agoda kerana harganya seakan sama. Booking.com letak harga RM 225 untuk percuma 2 tiket masuk ke Hot Spring dan Spa di Lost World pada waktu malam. 1 tiket dalam RM 40 untuk dewasa.

RM 225 – RM 80 (tiket dua orang) = RM 145 à lebih kurang sahaja dengan Agoda.

Yang penting anda tempah cepat. Bilik ada hanya 154 buah sahaja. Breakfast pagi tak perlu risau dah, sebab dua dua harga di Agoda dan Booking.com memang termasuk dengan breakfast.

Booked 5 times in the last 6 hours!!

Review post ini di tulis pada hujung minggu, dan ikutkan screenshot dari Booking.com di atas, sudah ada 5 orang booking dalam tempoh 6 jam sahaja. Bermaksud, anda mesti booking secepat mungkin.

Hotel Lost World adalah hotel yang paling kami di PerakTourism.My recommended

Click gambar di bawah, untuk terus ke booking.com ataupun agoda sekarang.

Gambar booking.com

Gambar agoda.com

2. Sun Inns Hotel Sun City

Reviews

Dari segi jarak dengan Lost World Hotel, memang tiada masalah. Lebih kurang 1 kilometer sahaja. Tapi banyak pelanggan mengadu dengan saiz bilik yang kecil. Dan parking yang kurang. Mungkin tiada masalah untuk family yang kecil atau couple. Untuk kami dari PerakTourism.My hotel 2 star ini still consider as Value for money kerana kos stay daripada RM 64 sehingga RM 120 ringgit satu malam.

So, untuk RM 64 still consider OK untuk bilik yang kecil.

77592498
72393436
72396356
74957273
72395566

3. Golden Roof Hotel

Golder Roof Hotel, 3 star hotel ini terletak di bahagian tepian kedai yang mengelilingi Giant. Crew kami PerakTourism.My masih lagi belum berkesempatan untuk tinjau hotel ini lagi. Dan bila diselidik, hotel ini baru sahaja September 2015 mula beroperasi.

Kami percaya, satu hari nanti, Golden Roof Hotel akan menjadi pilihan ramai kerana lokasinya strategik di hadapan Giant.

golden roof hotel 1
golden roof hotel 5
golden roof hotel dalam bilik
golden roof hotel 2
64-screen
11-screen
16-screen
golden roof hotel tandas

Kami juga alert dengan reviews pengunjung yang menginap di Golden Roof Hotel yang ada masalah dengan puas hati pelanggan. Staff tidak mesra, dan suasana bilik yang tidak berapa bersih. Kami percaya masalah ini akan diselesaikan oleh pihak Golden Roof Hotel.

Kenapa Lokasi Golden Roof Hotel Strategik?

Dah biasalah bila di depan Giant memang banyak kedai kedai makan mula beroperasi. Antara yang biasa anda lihat, kedai Mamak yang memang popular banyaknya di Ipoh. Hampir setiap deretan kedai di bahagian selekohnya, mesti kedai mamak. Selain tu ada juga Western yang baru di buka di kawasan ini juga.

Untuk menginap, package bermalam adalah dari RM 98 hingga RM 128. Masih lagi consider murah untuk travel bajet.

4. Tulip Hotel Ipoh

Tulip Hotel, masih lagi boleh dikatakan baru beroperasi pada akhir 2013. Reviews nya pun masih lagi tidak banyak. Jadi, agak susah untuk menilai untuk pengalaman orang yang memang menginap di Tulip Hotel.

Untuk pihak PerakTourism.My, memang kami ada buat review dan pergi ke satu satu hotel yang kami review kalau perlu. Tapi butiran yang kami beri mungkin tidak terutama kerana kami hanya lihat yang kurang dalam tempoh 15 minit hingga 30 minit sahaja untuk hotel bajet.

Setakat ini, tak salah kalau anda boleh berikan peluang pada Tulip Hotel. Lokasinya adalah dalam satu kawasan dengan Golder Roof Hotel juga, lebih dekat sedikit dengan Lost World berbanding dengan Travelland Hotel.

pintu masuk tulip hotel
balkoni tulip hotel
bilik tulip hotel
lagi tandas tulip hotel
katil dua tulip hotel
bilik duluxe tulip hotel
ruang bilik tulip hotel
tulip hotel demo
tandas tulis hotel

5. Travelland Hotel

Travelland Hotel adalah antara hotel yang pihak kami recommended untuk area di Tambun.

Walaupun ramai yang mengadu, channel TV yang tidak berapa baik, clear, tak dapat sebagainya. Walaupun, ada yang mengadu dengan sound proof window, ada juga yang cadangkan patut ada mini friedge. Tapi Hotel Travelland juga lah, yang antara pilihan kedua terbaik selepas Hotel Lost World untuk bajek RM 200 ke bawah satu malam.

Jaraknya lebih kurang 5 minit dengan kereta, atau 1.3 kilometer.

travelland pintu masuk
dari jauh travelland
ruang hadapan travelland
bilik satu katil Travelland
2 single bed Travelland
pengering rambut Travelland
bilik 2 katil Travelland
iron Travelland
ruang tamu hotel Travelland
Travelland
salah satu bilik Travelland
bilik 2 Travelland
bilik 3 Travelland
cup of tea Travelland
breakfast Travelland

Mengikut review dari Booking.com, banyak reviews yang berpuas hati dengan staff nya, friendly. Bagi kami, PerakTourism.My ini antara faktor penting juga.

Seperti contoh, kalau kepala shower tak berfungsi. Masalah yang timbul, bukan pada kepada shower tidak berfungsi. Tapi staff hotel itu nak buat atau tidak yang penting, cepat atau tidak juga.

Range harga bilik untuk Travelland Hotel adalah dari RM 99 ke RM 280. Bergantung kepada berapa orang yang menginap dan juga kemudahan tambahan lain yang anda perlukan.

6. The Haven Resort Hotel, Ipoh
7. The Banjaran Hotspring

Dan Untuk Senarai Homestay pula

1. RnB Homestay Ipoh

2. Duan Homestay Tambun

3. Home Stay in Ipoh Near Lost World of Tambun

4. Homestay Izzah

5. Medic Tony Homestay Sunway Alpine Village Apartment

6. Jeffrey Homestay

Harga Tiket Lost World of Tambun

Pakej Lost World of Tambun + Hotel Stay

Untuk masuk ke Lost World Tambun harganya ialah dari RM 52.20 sehingga RM 58.50. Dan kalau anda beli secara online, mungkin boleh dapat harga yang lebih murah lagi.

Berikut, ticket masuk Lost World yang kami ambil dari Official Website mereka.

Tak pasti sama ada senarai harga di atas ini masih lagi valid atau tidak, ikutkan update terbaru, harga tiket walk in lebih kurang RM 58, dan kalau anda beli online pula dalam lebih kurang RM 49. Mungkin ia bergantung kepada promosi atau pun senarai harga di atas masih lagi belum update.

Apa apa pun, anda boleh agak harga nya lebih kurang di atas.

Harga tiket di atas juga adalah untuk termasuk semua bahagian bahagian tarikan lost world yang di bawah:

Lost World Amusement Park

Lost World Water Park Lost

World Tiger Valley

Lost World Petting Zoo

Lost World Tin Valley

Lost World Hot Springs & Spa

Lost World Lupe’s Adventure

Dan berikut pula adalah perkara perkara lain yang anda perlu tahu tentang pembelian tiket:

  1. Harga tiket masuk ke lost world tambun di atas adalah termasuk 6% GST
  2. Tiket yang dibeli hanya boleh digunakan dalam tempoh 30 hari sahaja selepas pembelian. Bermaksud, kalau sudah lebih 30 hari, dan anda masih lagi belum gunakan, wang tidak akan dikembalikan.
  3. Digalakkan untuk beli 24 jam sekurang kurangnya untuk pastikan pendaftaran dan masukan anda telus. Kalau tidak mungkin perlu tambah extra cas.
  4. Kemasukan percuma untuk anak yang tinggi 90 cm ke bawah.
  5. Untuk mandi pastikan anda menepati proper attire yang disarankan di bawah.

Masa Operasi

Weekdays: 11.00am – 6.00pm

Weekends: 10.00am – 6.00pm

Untuk harga lain seperti naik train atau apa sahaja tarikan dalam lost world, atau pun nak simpan barang di loker akan ada cas lain.

Untuk tiket masuk malam, Lost World of Tambun ada open untuk masuk Hot Spring & Spa.

Berikut, adalah harga tiket nya.

Lebih maklumat lanjut, anda boleh rujuk page Sunway Lost World Tambun

Peringatan.

Andai kata anda masuk bukan semata mata untuk aktiviti air, atau lebih selesa dengan tarikan lain yang anda. Perlu juga tahu dengan bila masa pula tarikan seperti contoh Tiger Valley ini di buka.

Sebab Tiger Valley hanya mula dibuka pada pukul 3 petang sahaja.

Dan banner di bawah adalah feeding time dan waktu dibuka untuk tarikan tarikan yang ada dalam Lost World Tambun ni.

Sila rancang perjalanan dan masa masuk anda untuk elakkan masa menunggu.

Flaming Percussion yang bermula 8 30 malam di atas adalah pertunjukan api. Pertunjukan ini diadakan setiap hari kecuali hari Selasa. Atau pun, setiap hari kalau waktu percutian sekolah dan hari cuti umum.

Hotel Berdekatan Lost World Of Tambun

Untuk hotel yang berdekatan dengan Lost World Of Tambun, macam tidak berapa banyak pilihan sangat. Kecuali anda ada bajet lebih sikit.

Untuk setakat ini, ada 5 hotel yang memang betul betul berdekatan dengan Lost World Tambun. Mungkin ada lagi yang lain, tapi mereka tak daftarkan di Google Maps untuk kami bantu anda bagi direction dengan tepat.

Yang terbaik, anda booking dahulu mana mana hotel yang kami cadangkan di bawah, kerana 3 daripada 3 hotel ini boleh dikatakan berpatutan berbanding dengan yang 2 lagi. Booking dulu cepat cepat takut tempatnya terhad.

Kami review Hotel yang paling utama dahulu di page, untuk lagi 4 lagi hotel yang lainnya, anda boleh berpindah ke page yang lain di bahagian bawah sekali.

Yang Pertama: Hotel Lost World

Ya memang ini adalah hotel dari Lost World Tambun sendiri. Hotel ini memang betul betul dihadapan pintu masuk Theme Park Lost World. Disebabkan kedudukan nya memang berdekatan dengan Lost World, memang banyak orang tempah awal secara online.

 

 

Seperti contoh dari booking.com di bawah.

Review ini kami buat pada hari Sabtu petang, mungkin disebabkan hari weeked, dalam masa 6 jam sahaja 5 orang sudah booked. Bilik di Lost World Hotel, tidak berapa banyak, hanya 154 buah bilik sahaja.

Di Agoda juga, ia mendapat reviews paling banyak antara hotel hotel yang berdekatan dengan Lost World Tambun, 2 785 reviews.

Perbezaan harga Booking.com dengan Agoda. Kalau nak diikutkan lebih kurang sahaja, harga di Booking.com lebih sedikit kerana anda juga akan dapat tiket percuma Hot Spring dan Spa untuk masuk 2 orang ke Lost World. Satu tiket ini lebih kurang dalam RM 40, dan kalau dua tiket RM 80.

RM 225 – RM 80 = RM 145

RM 138 di Agoda VS RM 145 di Booking.com?

Lebih kurang sahaja, asalkan dapat stay. Dua dua harga di atas termasuk juga Breakfast.

Gambar di bawah adalah snap daripada Google Maps untuk kedudukan Hotel Lost World. Untuk Roti Canai Kari, Ikan Cik Omar dan Lost World Hot Spring & Spa by Night tu, bukan kedudukan yang sebenar. Kami akan updatekan Google Maps ini nanti.

Senarai Hotel di Taiping – Review

Taiping memang ada banyak piliha untuk anda menginap.

Range harga yang paling rendah pun tidak yang mencecah sampai RM 300 satu malam (bergantung kepada bilik).

Sebelum kita nilai kelebihan satu persatu hotel utama yang ada di kawasan Zoo Taiping. Ada eloknnya kalau kita fikir dahulu, kelebihan atau ciri ciri utama yang mungkin boleh menjadi hotel pilihan terbaik anda untuk percutian kali ini.

Antaranya ialah :

  1. Ada parking percuma

Parking memang faktor yang paling penting. Tambah lagi kalau anda ingin menginap di sekitar Taman Tasik Taiping, ataupun hotel di sekitar Zoo Taiping, bila waktu memang suasana sini agak gelak kerana ia di tengah tengah kawasan semula jadi. Kawasan parking yang selamat memang patut menjadi faktor utama dalam pemilihan hotel.

Untuk review setiap satu hotel di bawah, kami akan berikan logo seperti ‘Parking Area “ available sahaja untuk kefahaman anda.

  1. Free WIFI

Memang banyak hotel yang menjanjikan Free WIFI tapi tak bermakna tinggkat di atas sekali atau di tengahnya dapat  kelajuan yang sama dengan bilik yang berhampiran lobby.

Apa apa pun, WIFI daripada hotel memang penting, untuk menjimatkan data mobile telefon anda yang sememangnnya mahal.

  1. Harga yang perpatutan + Breakfast

Kami kira, selagi ia tidak melebihi 200 ringgit untuk semalam sudah cukup. Supaya mudah untuk anda makan breakfast esok pagi. Hotel bajek memang murah, tapi tiada sarapan. Jadi terpulang kepada anda. Kadang kadang parking pun tiada.

  1. Jarak dengan tarikan utama yang lain.

Sememangnya, kalau dapat cari hotel yang memang berdekatan dengan tempat yang anda nak tuju adalah lebih baik. Bukan sahaja mudah untuk cari, minyak pun jimat. Masa pun boleh diguna sebaik mungkin.

Di bawah ini nanti, kami akan kongsikan jarak hotel hotel yang berada di Taiping dengan jarak jarak lokasi tarikan lain.

  1. Rating Yang Baik

Rating yang kami ambil adalah daripada website seperti booking.com, hotels.com dan juga agoda.com. Mungkin dari website yang lain juga, tapi apa yang pasti, sangat baik untuk kita jadikan testimonial website booking seperti ini kerana review yang ditinggalkan lebih ikhlas dan pedas.

Berikut antara senarai hotel di taiping yang kami susun daripada servis yang terbaik hinggalah kepada yang lebih harga bajet.

Flemington Hotel Taiping

Mula di buka pada tahun 2011. Mempunyai 111 bilik. Fleminton Hotel berkonsepkan binaan moden. Lokasinya terletak berhadapan dengan Taman Tasik Taiping.

Antara ciri unik berada di hotel ini ialah di bahagian atapnya ada swimming pool untuk anda mandi manda bersama keluarga.

Helpdesk Flemington Hotel pun ada package untuk Bukit Larut Tour, ada juga bicycle rental dan laundry service.

Sebelum ini nama hotel ini ialah, Flamingo Hotel Taiping

Summary

4/5 star rating by customers at booking.com

369 reviews from booking.com

1st recommended by PerakTourism.My

Hotel Seri Malaysia Taiping

Hotel Seri Malaysia memang antara hotel yang paling dikenali di Malaysia. Berkonsepkan seperti perumahan dan apartment. Di tengahnya terdapat kolam renang besar untuk pengunjung yang tiba.

Summary

3.3/5 from expedia.com.my

3.2/5 from hotels.com

6/10 from agoda.com

Only 9 peoples left reviews at agoda.com

NOT Recommended by PerakTourism.My

Panorama Hotel Taiping

Panorama Hotel mula beroperasi pada tahun 2011, 29 Jun. Mempunyai 78 bilik. Ada perkhidmatan unik seperti Flemington Hotel juga, laundry dan bicycle rental.

Summary

1 star from Booking.com

32 Reviews from booking.com

NOT Recommended by PerakTourism.My

Hotel Furama Taiping

Hotel Furama bukan lah hotel lengkap dengan pelbagai kemudahan lain. Kerana Hotel Furama ini lebih beri focus pada percutian bajet.

 

Zoo Taiping – Review + Harga Tiket + Waktu Operasi

Zoo Taiping adalah antara destinasi popular di Taiping, Perak. Kalau dah sampai sini, mesti akan singgah di Zoo Taiping. Dengan keluasan 34 ekar, lebih 180 spisis yang merangkumi 1300 ekor pelbagai jenis binatang.

Bayangkan kita Merdeka pun 1956, tapi Zoo Taiping ini sudah mula beroperasi pada tahun 1961. Dan YA, memang Zoo Taiping antara zoo yang paling lama di Malaysia.

Zoo Taiping VS Zoo Negara?

Sudah pastikan Zoo Negara diberi kelebihan dalam pelbagai faktor. Antaranya, kalau di Zoo Taiping jumlah binatangnya lebih kurang 1 300, tapi di Zoo Negara 5 ribu binatang, yang datang daripada 459 spisis. Keluasannya pula mencecah sampai 110 ekar.

Tapi tak bermakna Zoo Taiping kurang daya penarik.

Tanya sahaja, siapa yang pernah pergi Zoo Taiping, mesti akan lebih ramai yang sudah pun pergi lebih daripada 1 kali.

Sedangkan website Zoo Negara dot ORG pun meletakkan Zoo Taiping sebagai destinasi utama antara pilihan Zoo yang lain di Malaysia.

Walaupun ada antara kami yang agak kecil hati dengan kelebihan yang berasal dari Taiping akan dapat harga tiket yang lebih rendah daripada kawasan atau orang luar yang lain.

Sepatutnya lebih baik diberikan harga yang lebih berpatutan untuk orang yang lebih jauh kan?

Nanti di bawah bahagian kami akan kongsikan, apa lagi aktiviti lain yang anda boleh buat disekitar daerah Zoo Taiping. Hadap binatang sepanjang hari pun letih juga.

Map Laman Zoo Taiping

Zoo Taiping Map

 

Setiap huruf huruf dari A sampai G di atas, kalau melalui website offical zoo taiping, memang boleh ditekan. Dan akan ada preview rupa binatang yang berkenaan. Namun, gambar di atas hanya dipinjam sahaja dari sana, anda boleh pergi website official Zoo Taiping untuk melihatnya, http://zootaiping.gov.my/bm/frame-sitemap.html

Kedudukan Zoo Taiping

Kedudukan Zoo Taiping memang agak unik kerana ia terletak di kawasan semula jadi Taman Tasik Taiping berdekatan dengan kaki bukit Bukit Larut.

Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali dengan Zoo Taiping ini, merupakan satu satu nya Zoo yang terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Harga Tiket Zoo Taiping

harga tiket zoo taipingFoto Kredit: Zoo Taiping Official Website

Tiada bayaran tambahan untuk anda bawa masuk camera dan juga video. Berbanding dengan Kellies Castle, kalau tak silap Camera / Video Cam dalam RM 50 untuk 3 buah.

Mini train juga percuma.

Waktu Binatang Diberi Makan

Ialah dalam jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

Jadi, anda digalakkan untuk datang time ini, sebab haiwan akan lebih aktif.

Kalau datang masa petang, memang binatang seperti singa dan harimau memang sudah tidur.

Naik Train Atau Jalan Kaki?

Mesti lah jalan kaki.

Kalau anda betul betul nak menghayati setiap haiwan yang ada satu persatu, lebih baik jalan kaki sahaja. Train akan bergerak pantas, memang tak sempat untuk baca description setiap haiwan yang ada. Train juga bukannya lalu kesemua tempat yang berhadapan dengan sangkar binatang.

Seperti contoh di lorong kolam aquarium binatang seperti memerang. Memang train tidak akan henti. Tambah lagi train dari belakang sudah hendak sampai.

Kadang kadang train ini ibarat berlumba juga antara depan dengan yang belakang.

Jadi penghayatan anda dengan binatang yang ada akan kurang.

Walaupun driver train akan berikan sedikit pengenalan untuk sesetengah binatang, ia pun tidak berapa jelas.

Night Safari Zoo Taiping

Memang di Zoo Taiping, ada night safari, bermaksud ia dibuka waktu malam untuk pelawat.

Bagi kami pihak PerakTourism.My tidak rasakan night safari di Zoo Taiping begitu menarik, kerana banyak haiwan yang sudah tidak aktif. Anda pun mesti tak bawa torchlight punya.

Night safari, kalau anda berjalan sendiri mungkin agak bahaya kalau berdua atau bertiga, kalau lebih ramai mungkin lebih baik dan selamat. Dan juga tak boring, sebab jauh juga kalan berjalan sendiri.

Untuk air minuman, memang ada dijual di bahagian dalam atau tengah tengah kawasan lawatan. Atau pun dihujung sebaik sahaja anda habis lorong untuk kawanan binatang yang dipamerkan.

Begitu juga dengan patung patung souvenir.

Dan sekarang…

Apa Pula Tarikan Lain Di Sekitar Zoo Taiping?

Taman Tasik Taiping.

Kalau duduk berehat di Tasek Taiping di awal pagi dan petang memang tenang. Ada sahaja gerai gerai yang menjual makanan di sana.

Dengan keluasan tasek taiping yang agak luas juga, ada pula sampan Swan untuk anda cuba memang pasti buat siapa pun akan gembira.

Lokasi Taman Tasik Taiping ini memang betul betul sahaja berhadapan atau bersebelahan dengan pintu masuk Zoo Taiping sahaja.

Muzium Perak

Sudah singgah di Zoo Taiping kenapa tidak di Muzium nya pula.

Muzium ini adalah antara yang terawal beroperasi di Semenanjung Malaysia.

Tak jauh, hanya lebih kurang 5 minit sahaja dengan kereta. Lokasinya berada di belakang sikit dengan Zoo Taiping.

Waktu operasi dari 9 pagi – 6 petang. Tutup pada Hari Raya AidilFitri dan Aidil Adha.

Tiket nya RM 2 ringgit untuk dewasa. Percuma untuk kanak kanak di bawah 12 tahun, dan atau pun kanak kanak yang berpakaian sekolah.

Anda boleh contact mereka di website Perak Museum untuk lebih lanjut.

Ikut kan rekod pada tahun 2000.

Ada 613 456 orang melawat Muzium ini sahaja. Daripada lebih 6 ratus ribu ini.

5 ratus ribu lebih adalah daripada pelancong domestik.

Lima puluh lima ribu pelajar, dan 3 ribu lebih pelancong asing.

Sila datang ke Muzium Taiping ini, dan ajar anak kita, asal usul negara kita. Kerana di dalamnya, ada koleksi dan maklumat sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi di negara ini.

Pada mulanya, Muzium ini dibina bukan untuk tatapan orang kita. Tapi Residen Bristish yang ketiga waktu itu, Sir Hugh Low beri arahan untuk bina supaya pihak British boleh jadikan kumpulan maklumat untuk mereka lebih faham selok belok asal resam kita orang melayu. Umumnya tanah melayu ketika itu.

Peta Lokasi perbezaan dengan Zoo Taiping

Dan kalau diberikan dalam bentuk 3D lokasinya akan lebih jelas dekat nya seperti di bawah.

Mana yang sudah pergi ke Zoo Taiping pasti perasan dengan bulatan di hadapan pintu masuk Zoo Taiping yang memang jelas dalam map ini.

McDonald

Lokasinya betul betul di belakang Zoo Taiping sahaja. Atau pun, anda terus sahaja laluan ke Muzim Perak tadi menuju ke pekan. Sebab lokasi McD ini berada di persisiran Pekan.

Tak perlu takut sesat ya, sebab kita akan gunakan Google Maps untuk lebih mudah.

Link untuk kedudukan perjalanan lokasi atas kami senaraikan di bawah untuk anda.

Zoo Taiping

Perak Muzium

McDonald yang paling hampir dengan Zoo Taiping

Anda juga boleh buka menggunakan Waze juga, tiada masalah.

Kalau perhatikan snap daripada Google Maps di atas, Hotel Seri Malaysia pun berdekatan sahaja.

Untuk review, senarai hotel hotel terbaik + hotel di bajek yang ada di kawasan berdekatan dengan tarikan utama Taiping, boleh pergi ke page ini, Review Hotel Hotel di Taiping

Bukit Larut / Maxwell Hill

Bukit larut admin office juga berdekatan dengan Zoo Taiping.

Lokasinya berada bersebelahan dengan MRSM Taiping.

Lokasi Bukit Larut

Lokasi Sentosa Villa, antara tempat penginapan utama di Taiping.

Swimming Pool – Kama Lodge

Ini ia seakan mini resort. Ada kolam renang di tengah chaletnya.

DI bawah, adalah pandangan Kama Lodge daripada atas oleh Google Maps.

Lokasi Kama Lodge dari Google Maps

ATV Adventure Park Larut

Dengan gambaran map di atas juga, anda juga boleh aktif dalam aktiviti lasak di ATV Adventure Park. Boleh review page ini sebentar untuk aktiviti yang ada di sana, blog review

Tempat Makan Pula.

Memang kalau tak cukup cerita kalau tak kongsikan tempat makan best di Taiping juga.

Untuk review penuh, anda boleh beralih ke page ini, Tempat Makan Best di Taiping.

Kami kongsikan di sana berserta dengan lokasinya sekali.

Di dalam page yang ini, kami hanya previewkan sahaja.

Mak Jah Mee di Kuala Sepetang

Taiping Yong Taufu di Medan Selera Balai Bomba

JS Muara Restauran Terapung Ketam Lembut, Kuala Gula, Perak